DIY Urutan Legakan Sakit Kepala: Teknik Mudah Dicuba di Rumah

Dapatkan kelegaan daripada sakit kepala dengan teknik peranti urut BES. Cepat dan berkesan di keselesaan rumah anda sendiri.

Sakit kepala mengganggu rancangan anda? Sebelum memilih ubat penahan sakit, cuba dahulu penyelesaian semula jadi: terapi urutan. Cuba teknik DIY yang berkesan untuk melegakan sakit kepala, dipertingkatkan lagi dengan magis terapi BES. Ucapkan selamat tinggal kepada sakit kepala dan nikmati kelegaan yang membahagiakan!

Urutan Sakit Kepala Sebagai Kelegaan Semula Jadi

Hari yang paling menggembirakan boleh bertukar menjadi yang paling membosankan apabila anda mengalami sakit kepala yang berdenyut-denyut. Kebanyakan sakit kepala bukan disebabkan oleh penyakit serius, namun sesetengahnya mungkin memerlukan rawatan segera.
Certain lifestyle choices can trigger headaches, including:

Apabila sakit kepala datang tiba-tiba, selalunya penyelesaian pertama yang kita akan fikirkan adalah ubat penahan sakit atau ubat lain. Namun, mendapatkan kelegaan adalah lebih senang dari yang anda sangkakan. Teknik urutan mudah yang diamalkan secara rutin boleh mengurangkan sakit kepala tanpa perlu bergantung kepada ubat. Cuba bayangkan – belaian yang menghilangkan ketegangan, tekanan lembut meredakan denyutan di pelipis anda, dan semuanya diperoleh di rumah anda sendiri.

Kenapa Teknik Urutan BES?

Terapi BES menggabungkan kebijaksanaan amalan penyembuhan Timur dan kaedah moden Barat untuk menggalakkan penyembuhan holistik. Terapinya memfokuskan pada otot atau kawasan tertentu pada badan anda untuk menggalakkan peredaran yang lebih baik. Ini bukan sekadar sentuhan fizikal; ia membolehkan anda mengenali diri anda pada tahap yang lebih mendalam. Dengan teknik urutan BES, anda bukan sahaja merawat gejala, malah anda boleh menangani punca sakit kepala tersebut. Hasilnya, anda boleh mengurangkan kemungkinan mendapat sakit kepala pada masa hadapan.

BES

DIY Urutan Kelegaan Sakit Kepala: Teknik untuk Dicuba di Rumah

Jom cuba teknik-teknik berikut menghilangkan rasa kesakitan di kepala:

1. Pelipis

Dengan tapak tangan anda, letak tekanan sederhana kuat pada pelipis anda dan perlahan-lahan gerakkan tapak tangan anda ke dalam dan atas garis rambut. Tutup mata anda, tarik nafas dalam-dalam dan fokus untuk melepaskan ketegangan dengan setiap urutan selama satu minit. Ini juga boleh membantu melegakan leher anda yang rasa lenguh.
Temples

2. Pangkal Tengkorak Batang Hidung

Untuk melakukan urutan, letak satu tapak tangan di sekeliling pangkal tengkorak anda. Dengan tangan anda yang lain, gunakan ibu jari dan jari tengah anda untuk menolak rabung atas soket mata di batang hidung anda, manakala jari telunjuk anda diletakkan dengan lembut di antara kening anda. Tekan dengan kuat di bawah tengkorak sambil mendongak kepala anda ke belakang dan tarik nafas dalam-dalam selama satu minit.
Base of Skull & Bridge of Nose

3. Bawah Tulang Pipi

Urutan lembut ini juga boleh membantu melegakan pendarahan hidung, sakit gigi, konjunktivitis, dan bengkak muka. Untuk mencari kawasan ini, letakkan telunjuk dan jari tengah kedua-dua tangan anda tepat di bawah bahagian tengah mata anda, sejajar dengan tepi luar lubang hidung anda. Letak tekanan ke arah atas secara perlahan-lahan pada kedua-dua belah muka anda. Semasa melakukan urutan, kekalkan postur tegak dan tarik nafas dalam-dalam melalui hidung anda.
Under Your Cheekbones

4. Titik Sakit Kepala (Titik Hegu)

Kawasan ini terletak di selaput antara ibu jari dan jari telunjuk anda. Anda harus mencari tempat tertinggi otot, kemudian pegang titik ini dengan ibu jari dan jari telunjuk anda. Urut perlahan tempat ini semasa badan anda berehat dan rasakan sensasinya. Ulang pada tangan anda yang lain selepas satu minit. Teknik ini bukan sahaja mudah dilakukan, malah turut membantu melegakan sakit di bahagian muka, sakit gigi, stres dan sakit leher.
Between Your Fingers

Manfaat Urutan Kelegaan Sakit Kepala Secara DIY

Kenapa nak pilih urutan DIY berbanding ubat penahan sakit biasa? Berikut adalah sebab-sebabnya untuk anda:

Kelegaan Semula Jadi:

Tidak seperti ubat yang sering datang dengan kesan sampingan yang tidak diingini,urutan menawarkan pendekatan semula jadi dan holistik untuk melegakan sakit kepala. Apabila anda menggunakan penyembuhan semula jadi badan anda, anda boleh menangani punca sakit kepala anda tanpa bergantung kepada bahan kimia.

Natural Relief

Mengurangkan Stres

Urutan boleh meredakan stres,serta membantu merehatkan badan dan minda. Dengan melepaskan ketegangan pada otot dan mencetuskan perasaan tenang dan relaks, urutan boleh membantu mengurangkan tahap tekanan, iaitu punca biasa sakit kepala.

Stress Reduction

Peredaran yang Lebih Baik

Salah satu faedah utama urutan adalah keupayaannya untuk meningkatkan peredaran. Dengan merangsang aliran darah ke kawasan yang terjejas, urutan membantu menghantar oksigen dan nutrien ke tisu, menggalakkan penyembuhan dan mengurangkan kesakitan.

Improved Circulation

Pemerkasaan diri

Inilah peluang untuk memperkasakan diri dalam mengawal kesihatan dan kesejahteraan anda. Dengan teknik DIY urutan melegakan sakit kepala, anda mempunyai kawalan penuh untuk mengurangkan gejala anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda perlu, tanpa bergantung pada campur tangan ubatan atau tukang urut luar. Anda kenal badan anda dan anda bertanggungjawab ke atasnya.

Empowerment

Kemudahan

Anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja. Tidak perlu keluar rumah atau berpindah dari meja kerja anda di pejabat dan menambah rasa stres. Apabila anda berasa lebih baik, anda akan berasa lebih bertenaga dan boleh meneruskan hari anda seperti biasa.
Convenience

Tip

Untuk hasil yang lebih baik, anda digalakkan untuk meletakkan elektrod Peranti Urut BES pada kawasan yang tersebut selama 10 – 20 minit.
Quick Tips

Sakit kepala mungkin hanya gangguan biasa, tetapi ia tidak sepatutnya mengawal hidup anda. Dengan mengamalkan teknik urutan BES yang mudah dalam rutin harian anda, anda boleh menikmati kelegaan semula jadi yang berkesan. Jadi tunggu apa lagi? Manjakan diri dengan urutan yang menenangkan diiringi muzik pilihan. Relakskan diri anda dengan pengalaman yang menggembirakan—badan anda, dan terutamanya minda anda, akan berterima kasih kepada anda!