Temui Keseimbangan
Temui GenQi
GenQi diilhamkan dengan keseimbangan dan keharmonian kecergasan dalam fikiran. Dengan menyatukan amalan penyembuhan Timur kuno dengan
teknologi perubatan yang disokong sains dari Barat, misi utama GenQi adalah untuk mengoptimumkan kecergasan dalaman melalui
prinsip nyahsekat, mengharmonikan, dan menyuburkan:
Mengharmonikan:
Memupuk keharmonian dalaman untuk mewujudkan rasa bertenaga dan menggalakkan keseimbangan
Nyahsekat:
Menyokong aliran tenaga yang lancar dan menggalakkan kesejahteraan keseluruhan.
Menyuburkan:
Membekalkan badan anda dengan nutrien dan sokongan penting yang diperlukan untuk berkembang maju
Pusat Pengalaman GenQi
Di Pusat Pengalaman GenQi, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan urutan menggunakan Peranti Urut Sistem Bio Elektrik (BES) kami. Terdapat 8 perkhidmatan urutan berbeza, termasuk pelangsingan dan terapi yang meliputi setiap inci dari kepala hingga kaki. Perkhidmatan ini direka bentuk untuk meremajakan dan mencergaskan semula, memanfaatkan kuasa amalan Timur untuk menyediakan kesihatan holistik dan pengalaman teknologi barat.
Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman Penyedut Hidrogen kami, relaksasi adalah penting. Bayangkan diri anda berehat di Kerusi Urut Elektrik kami yang mewah sambil Penyedut Hidrogen membantu menyokong proses semula jadi badan anda untuk menyingkirkan radikal bebas. Ia bukan sekadar satu rawatan – ia adalah satu perjalanan ke arah relaksasi, peremajaan dan menggalakkan kesejahteraan holistik.
Tetapi GenQi bukan semata-mata tentang produk. Kami telah melengkapkan pusat kami dengan dewan latihan untuk tujuan pendidikan dan bilik untuk perkhidmatan urutan. Ini membolehkan anda merasai pengalaman menggunakan produk kami tetapi pada masa yang sama memanjakan diri anda dengan perkhidmatan urut kami serta memperoleh pengetahuan yang mendalam.
GenQi ialah destinasi anda untuk keseimbangan, kecergasan dan kesejahteraan keseluruhan di Kuala Lumpur. Sertai kami dalam perjalanan ke arah peremajaan dan kesejahteraan.
Selamat datang ke Perkongsian Perniagaan dan Usaha sama GenQi!
Di GenQi, kami menjemput semua individu dari semua lapisan masyarakat. Sama ada anda seorang guru, orang muda atau golongan 50-an yang ingin mencari peluang, akauntan atau suri rumah yang berdedikasi, anda dialu-alukan untuk memulakan perjalanan perniagaan GenQi bersama kami. Bagi pemilik perniagaan seperti salun kecantikan, butik atau kedai runcit, anda boleh menggabungkan produk GenQi dalam perniagaan sedia ada anda dan mempelbagaikan tawaran perkhidmatan serta meningkatkan jualan anda.
Jika anda bercita-cita untuk membawa usaha perniagaan anda ke peringkat seterusnya dengan usaha sama berskala lebih besar, GenQi menawarkan peluang yang menarik. Sebagai tambahan kepada produk terkemuka kami, dilengkapi dengan teknologi, kami berdedikasi untuk meningkatkan kesejahteraan anda secara menyeluruh. Sertai kami dan jom berjaya bersama dengan GenQi.
APA KATA PELANGGAN KAMI
”Saya mempunyai masalah leher dan belakang bertahun lamanya. Peranti urut ini telah memberi kelegaan yang baik. Urutan bioelektrik menyasarkan kawasan bermasalah secara khusus, dan ia berkualiti tinggi."
”Inilah peranti urut kegemaran keluarga saya. Dengan output yang banyak, seluruh keluarga boleh menikmatinya serentak. Ia telah merapatkan ikatan kami melalui relaksasi dan kesejahteraan badan."
"Saya pernah menggunakan banyak pengurut sebelum ini, tetapi yang ini pilihan saya. Urutan bioelektrik membantu menenangkan emosi saya, dan kawalan skrin sentuh menjadikannya mudah untuk digunakan. Saya sangat gembira dengan pengalaman menggunakannya."
"Saya telah cuba menyedut hidrogen selama beberapa bulan. Saya seronok mengalami perubahan yang lebih baik. Saya mempunyai lebih banyak tenaga, kulit kelihatan lebih cantik, dan fikiran saya lebih tajam. Ia seperti cara semula jadi untuk membuat badan dan otak rasa lebih baik."
"Sebagai seorang yang bergelut dengan sakit kronik, saya agak skeptikal dengan penyedutan hidrogen. Tapi selepas beberapa minggu guna secara konsisten, rasa sakit berkurang dengan ketara dan sakit saya tidak seteruk dulu. Ia memberi perubahan besar dalam membolehkan saya menikmati semula kehidupan."
"Saya sering berasa risau dan emosi rasa tegang. Saya ada dengar tentang penyedut hidrogen untuk berehat, dan ia sangat bagus untuk saya. Ia membantu saya untuk relaks dan saya berasa lebih tenang. Ini cara yang bagus untuk mewujudkan emosi yang lebih baik."
"Saya memang sudah lama mempunyai hidung sensitif. Dah pelbagai cara saya cuba, tetapi penyedutan hidrogen juga yang berkesan. Alahan saya berkurangan, dan saya tidak lagi bersin di waktu pagi. Ia cara yang mudah untuk membuat hari saya jadi lebih baik."
"Saya telah mencuba pelbagai krim urut, tetapi yang menjadi kegemaran saya ialah Ginseng Massage Cream. Sensasi hangat dan aromanya memberi pengalaman yang menenangkan. Ia seperti mempunyai spa mini di rumah!"
"Saya mulanya skeptikal dengan penggunaan krim urut kerana mempunyai kulit sensitif, tetapi Ginseng Massage Cream memang lembut. Ia tidak rasa berminyak, dan saya rasa senang menggunakannya tanpa mengalami apa-apa masalah alahan kulit."
“Saya lebih sukakan rawatan semula jadi, dan Ginseng Massage Cream sesuai dengan gaya hidup saya. Ia membantu saya meningkatkan fokus dan menggalakkan rasa relaks, menjadikannya produk yang bagus dalam rutin saya.”